Thursday, December 23

Jom Ber'ORIGAMI'.......

Hobbi aku masa lapang buat ORIGAMI..Kat sekolah pun kadang2 boring2 aku ajar murid2 buat ORIGAMI...Kalau korang nak try buat pelbagai jenis dan bentuk ORIGAMI, aku nak share satu web  ni....dia punya instruction nak buat ORIGAMI mmg mudah dan senang..siap ada DIAGRAM dan ANIMATION gambar gerak2...Aku ada terbaca kat artikel, kalau kita buat ORIGAMI ni ia akan meransang otak kita, otak kita sentiasa bergerak....untuk kanak-kanak memang bagus untuk pemikiran...that's mean meransang otak mereka berfikir secara kreatif...

Contoh nak buat bentuk LOVE ni...menarik kan..boleh bagi kat orang tersayang....


Ada lagi contoh....nak buat BUNGA MATAHARI...


Lagi-lagi..ada lagi contoh.....Sesuai untuk budak perempuan...buat VEST dan SKIRT



Untuk budak lelaki pun ada....boleh buat BOAT...



Lagi-lagi ......nak lagi ker? JOM..Jom kita clik ker web ni....SEMOGA TERHIBUR....

Jom Belajar Bahasa Mandarin..

Assalamualaikum.....korang nak belajar bahasa mandarin tak...bagi yang dah pernah belajar..jom kita share2 word @ayat bahasa mandarin...ingat2 balik...almaklumlah dah lama tak praktis...dah bekarat otak ni.

Sajer guna fond besar..mudah nak tgk...nenek2 ang rabun pun still boleh tengok dengan jelas....

Ayat yang biasa kita dengar... "Ni hao ma?" maknanya "Kamu apa khabar? Untuk jawapan kpd soalan ni ialah.... "Wo hen hao." maknanya "Saya khabar baik."

Cukuplah..next entri saya ajar lagi....dah blh praktis dah ni....Bye2..Selamat beramal...

Wednesday, December 22

Kisah Ibu...

Salam semua..uit dah lama tak menulis blog ni...kali ni nak cerita pasa ibu lagi. Ibu, umi, mak, mama atau mami semua orang yang sama. Yang kita panggil untuk orang yang melahirkan kita. Aku fikir kita patut rasa bersyukur jika kita masih ada mak. Kita patut membahagiakan mereka dan jangan sakitkan hati mereka.. Cuti sekolah aku spend masa sebulan lebih kat kampung semata-mata nak dekat dengan mak. Bawa mak pergi pasar, bawa mak pergi melawat sedara-mara, bawa mak pergi klinik, berborak-borak ngan mak..dll.

Kat sini nak share satu insiden yang aku lihat masa pergi klinik kat Segamat.
Masa pergi klinik tu aku terpandang sebuah kereta yang dipandu oleh seorang perempuan. sebelahnya ada seorang yang agak berumur, aku fikir tentu maknya. Mak dia tu pegang baby, tentulah baby perempuan yang bawa kereta kan...takkan lah baby orang yang berumur tu. Perempuan tu parking kereta, parking pun tak betul. Bukan apa, ia akan menyusahkan orang, menghalang laluan kereta lain. Tak perlah ikut dialah...Tapi tiba-tiba......................perempuan tu marah mak dia. Bagi aku kalau nada suara dah tinggi tu, kira marahlah..."Laa...apa lagi turunlah!!" nada suara perempuan tu marah mak dia. Walau itu jer yang aku dengar, tapi begitu terkesan dihati aku. Sanggup dia tengking mak dia macam tu. dah lah tolong pegangkan baby dia. Sampai hatikan......Walaupun, itu bukan mak dia tak boleh ker cakap elok-elok, bersopan santun dengan orang yang lebih tua...Kempen Budi Bahasa lah pulak..hehe..Apa2 pun sayangi mak kita. Tanpa dia siapalah kita sekarang....lagi satu Budi Bahasa Budaya Kita...

Friday, December 17

Renungan Bersama...

Sekadar renungan bersama… semoga saling memahami antara satu sama lain..
Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja.
Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah ‘gatal-gatal’ sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan ‘tempoh bertenang’ sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.
Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?
Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan – lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.

Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa.. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas.
Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.
Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.
Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: -
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
7) Lelaki yang bijak menangani segala permasalahan
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah,adalah: -
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

MENGUSAHAKAN SESUATU ADALAH JAUH LEBIH BAIK DRPD TIDAK MELAKUKAN APA-APA, WALAUPUN ADAKALANYA YG DIUSAHAKAN ITU GAGAL.

~Anuar Zain - Lelaki Ini...

Pada Suatu Hari....Kisah Kucing

Pada suatu hari.....1 ekor kucing telah aku jumpai....KESIAN ku lihat keadaan si kucing tu.Daif sgt2...erm..haruskah aku menyelamatkan anak kucing tu? Toit...Lalu.....aku bawa lah balik anak kucing tu.Aku mandikan,syampu kan ,dan aku beruskan gigi kucing tu..pada kiraan matematik yg aku belajar (aljabar linear) kucing ni tentu dah seminggu xgosok gigi.Kuningnya mengalahkan kuning jagung Pak Aris jer...

Dah WANGI,dah COMEL....tentulah aku suka..jadi terfikir difikiran ku ni...nama yang sesuai diberi kpd si anak kucing ni.... Jeng..jeng..jeng..terpandang aku pada botol ubat saki perut....CIKE'TEON.Best plak nama ni...Sedap tak nama ni...Manja2 kan nama ni,lemak2 merdu jer bila aku panggil kucing ni CIKE'TEON.....meow..meow...aku juga panggil dia TEON...nama manja tu....hehe..sekarang aku dah ada MASKOT....

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada suatu hari, 2 kali aku menjerit panggil Cike'teon. Kalo dah dapat mengadap TV alamat lah panggilan aku tak disahutnyer....lainlah time tu dia lapar...sekali jer aku panggil,berkali2 dia menyahut..MEOW..MEOW..MEOW.........MEOWWWW......

Kali ni aku panggil masih tak ada sahutan...jeng..jeng..jeng aku mengendap dlm bilik rupenya dia sedang asyik melayari internet...cit...

Dairi Lama

..rajinnyer aku ptg tadi..selongkar kotak2 yang penuh buku...MISI untuk mencari DAIRI LAMA...dah lama tak tengok dairi ni...sebenarnya bukan dairi yang macam dairi..tapi BUKU yang byk mngandungi info2, nota2, gambar2 dan something yang ada SENTIMENTAL VALUE....dairi ni aku guna start tahun 2000 dan ....

1. ni nota/info berguna pada aku especially TIME EXAM atau PEKSA kat UiTM dihatiku...TIPS PEPERIKSAAN...






Erm..buat adik2,abg2, kakak2 semua....Kalau info ini berguna pada korang..korang COPY ler...
Tentu korang nak tahu lagi BENDA ALAH APA yang aku simpan dalam dairi tu kan..jeng..jeng..jeng...BERSAMBUNG ler........


glitter-graphics.com